KojiD Preneur

Pemerkasaan Ekonomi Koperasi Masjid Dan Pembangunan Tahfiz

Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030

Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) adalah satu hala tuju baru demi memastikan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif dalam kalangan Keluarga Malaysia. TPB2030 yang juga mendokong sebahagian intipati Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030). 

TPB2030 memberi fokus kepada 7 Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama (KEGA) iaitu Pertanian dan Komoditi, Ekonomi Digital, Hab Halal dan Makanan, Logistik, Pengangkutan & Mobiliti Lestari, Hab Kewangan Islam 2.0, Pembuatan dan Pelancongan serta 3 Bidang Transformasi Ekonomi Bumiputera (BETA) iaitu sektor Pertahanan & Keselamatan, Pembinaan Moden: IBS, dan Aeroangkasa. Selain daripada itu, 7 Bidang Keutamaan (PA) juga diberi fokus dengan penekanan terhadap industri berteknologi dan bernilai tambah tinggi.

Di dalam KEGA 4, terdapat 4 tema telah direka bentuk untuk menangani setiap satu cabaran utama yang telah dikenal pasti. Antaranya Tema 4 Memperkasa Komuniti Bumiputera yang didalamnya pula mengandungi Program Pembangunan #5: Pemerkasaan Ekonomi Koperasi Masjid & Pembangunan Tahfiz (KojiD Preneur).

TERAJU merupakan platform tertinggi agenda pemerkasaan Bumiputera oleh itu Kojidpreneur Sdn Bhd akan berganding bahu dalam merealisasikan agenda tersebut.

 

Program KojiD Preneur

Program Penubuhan Koperasi Masjid

Mana-mana masjid yang tiada koperasi akan dibantu untuk di wujudkan koperasi sementara yang tidak aktif akan dibantu untuk penjanaan ekonomi setempat

Program Transformasi Ekonomi Koperasi Masjid

Program ini akan membantu koperasi masjid yang ada untuk diberi bantuan bagi mewujudkan perniagaan

Program Dagang Produk atau Perkhidmatan Koperasi Masjid Atas Talian

Program ini akan menyediakan tapak Marketplace bagi komuniti berniaga menggunakan edagang

Program Pembangunan Usahawan Tahfiz

Program ini bagi memberi latihan keusahawanan kepada pelajar Tahfiz untuk berkerja di koperasi masjid

Logo

Berasaskan menara masjid dengan 3 warna keemasan, merah dań biru. Ia menggambarkan ekonomi masjid yang mula berkembang untuk bersama-sama dalam jihad ekonomi

Kojidpreneur Sdn Bhd

Syarikat ini diwujudkan bagi pengoperasian program-program KojiD Preneur dan bersama-sama Rakan Strategi yang berlatarbelakang pelbagai bidang

Master Plan

Master Plan 2021 hingga 2030 ini diwujudkan bagi membantu pelaksanaan disemua peringkat bermula dari Masjid hingga kepada Huffaz

Rakan Kojid Preneur

5/5
MPM
5/5
YTAN
5/5
PEMATAP

Jom Masjid & Huffaz...

Daftar untuk program keusahawanan dan mengujudkan Koperasi Masjid bersama kami…..