Profil KojiD Preneur

Sejarah Kami

Tahun 2020 KojiD Preneur telah diterima oleh TERAJU.

Tahun 2021 KojiD Preneur masih dalam pelan perancangan sehingga pada bulan 6 Dis 2021 ia telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri. Dibawah Badan Berkaitan Kerajaan Pemain Industri iaitu Majlis Perundingan Melayu (MPM) telah membawa sebahagian KEGA 4 – Hab Kewangan Islam 2.0 dengan Nilai RM 10.72 billion. Program Pembangunan RM17.63 bilion GOS. Mengujudkan pekerjaan langsung 11,257 dan RM10.72 bilion jumlah pelaburan.

 

Majlis Perundingan Melayu

Majlis Perundingan Melayu (MPM) merupakan sebuah NGO yang berhasrat menjaga kepentingan orang Melayu di Malaysia dalam konteks masyarakat majmuk yang mempunyai pelbagai kaum , etnik, budaya, agama dan sebagainya.

Yayasan Tahfiz An-Nisaa

Yayasan Tahfiz An – Nisaa (YTAN) telah di perbadankan pada 04.03.2002 sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan berperanan menganjur kebajikan (khairat) dalam bidang pendidikan islam dan tahfiz Al Quran. YTAN menumpu kepada pembangunan Maahad TahfiZ Az Zahrah (MTAZ) pada awalnya disamping berkolaborasi dan membantu perkembangan Institusi Tahfiz di Malaysia.

PEMATAP

Sebuah NGO yang didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membantu Maahad-Maahad Tahfiz Al Quran Swasta yang wujud di Negeri Perak daripada segenap aspek.

Kojidperneur Sdn Bhd

Syarikat Sdn Bhd yang diwujudkan bagi tujuan pengoperasian Pojek KojiD Preneur.

Visi 

Ke arah melahirkan  Koperasi Masjid dan Pelajar Tahfiz yang mempunyai ciri-ciri Keusahawanan 

Misi

Melaksanakan aktiviti Koperasi Masjid dan Pelajar Tahfiz melalui pembangunan Keusahawanan dalam Program Usahawan

Objektif

  1. Mewujudkan imej Koperasi Masjid dan Tahfiz dalam kerjaya Keusahawanan.
  2. Meningkatkan dan menguasai ekonomi masa depan melalui Usahawan
  3. Mewujudkan pekerjaan Tahfiz bersama Koperasi Masjid

Contoh Business Unit atau BU yang dijadikan asas kepada KojiD yang bakal menjadi trend atau satu standard ikutan bagi semua Koperasi Masjid